Saturday 2 June 2012

TED-Ed - Lessons worth sharing

Walaupun minggu ni dan minggu depan adalah cuti sekolah, tapi kelas tuisyen di Akademi Nilai Wangsa still berjalan seperti biasa. Tapi memandangkan cuti sekolah, aku pun plan untuk buat aktiviti santai time kelas minggu ni. 

Bagi yang tak tau, aku buat part-time mengajar tuisyen dekat pusat tuisyen. Kelas yang aku mengajar adalah kelas Sains PMR (Tingkatan 3).

Bukan senang rupanya nak plan buat aktiviti santai kat kelas ni. Aku cuba la jugak tanya member baik aku, Google, kot2 la dia ada idea yang bernas untuk pengisian santai ni. Tapi hampa. Jadi bagi guru-guru di luar sana yang mungkin sama nasib dengan aku, aku dekat sini nak berkongsi apa pengisian yang aku buat.

Mula2 aku plan nak share video2 time aku study dulu. Konon nak tunjuk cara hidup belajar di negara orang. Then boleh la cerita and berdiskusi pasal which path to take after PMR then terus sampai ke ambang kerjaya. Tapi takut diorang tak minat dengan personal life cikgu dia pulak. So aku cancel idea ni.

Tapi aku still nak simpan tema kerjaya, which path to take, career in science etc. Tapi setelah cari2 bahan dekat Youtube, sekali lagi, menghampakan. So nak tak nak aku terpaksa lah lupakan tema ni.

Nasib baik dok dalam cari2 bahan dekat Youtube ni aku terjumpa channel Ted-Education. Bagi yang biasa dengan Ted ni, diorang ada banyak series of talk show and division. Contohnya Ted-talk, Ted-Fellows, Ted-Youth etc. Mostly is talk show. Dalam HyppTV pun ada dalam Interactive channel tu. Jadi mula2 aku tak rasa Ted-Education ni something yang interesting untuk di share dengan students. Kalau talk show semata2 bosan la jugak kan. Tapi bila tengok2 rupanya sangat OK. Aku pilih Ted-Education ni sebab:

1. Menepati kehendak aku yang mencari material yang Science-related.
2. Video length yang sesuai. 6-10 mins untuk satu2 video. Jadi kalau tunjuk 5 video cukup lah pengisian untuk satu kelas.
3. Topik yang dibincangkan adalah sangat menarik.
4. Persembahan secara animasi yang aku rasa tak membosankan student2 aku.
5. Contents dia aku rasa memang target mid-high school punya level. So untuk PMR bagus sangatlah tu.


Jadi mula2 aku start dengan buat satu aktiviti - melipat kertas. Aku pun pass sorang sehelai kertas A4 dan suruh diorang lipat separuh, dan separuh, dan separuh sampai tak boleh lipat lagi. Jadi maksimum student aku dapat adalah 7 kali lipatan. So aku pun cerita la pasal myth 7 kali lipatan ni dan world record berapa lipatan. Kemudian aku pun tunjuk video dari Mythbuster bawah ni:



Lepas habis tunjuk video Mythbuster ni, aku pun cerita pasal Britney Gallivan. Haa sapa Britney Gallivan ni? Dia adalah pemegang rekod dunia untuk paper folding dengan 12 lipatan dan siap keluarkan formula lagi. Semua ni dia achieve time die junior in high school. Isk, kagum aku. Time aku junior dekat high-school aku tak tau apa lagi. So untuk bacaan lanjut, sila klik link dekat nama dia kat atas tadi ya. Oh lupa lak, ini adalah formula untuk requirement kertas yang nak dilipat tu (source: Wikipedia).



An upper bound and a close approximation of the actual paper width needed for alternate-direction folding is

W = \pi t 2^{(3/2)\left(n-1\right)}.
For single-direction folding (using a long strip of paper), the exact required strip length L is

L = \frac{\pi t}{6}\left(2^{n}+4\right)\left(2^{n}-1\right),
where t represents the thickness of the material to be folded, W is the width of a square piece of paper, L is the length of a paper piece to be folded in only one direction and n represents the number of folds desired.

Lepas aku cerita pasal Britney Gallivan, aku pun start dengan Ted-Education: How folding paper can get you to the Moon? video:


Interestingly, it only takes 45 folds untuk sampai ke bulan. So sekarang persoalannya adalah, berdasarkan formula di atas, berapa lebar atau panjang kertas yang diperlukan untuk membolehkan seseorang melipat sebanyak 45 kali? (jawapan di akhir post)

Seterusnya, aku pun tunjuk 3 lagi video yang relevan to Sains diikuti dengan penerangan dan diskusi ringkas untuk setiap topik:




Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan bahan2 yang aku tunjukkan sebab response dari students amat menggalakkan. Diorang cukup suka aktiviti folding paper and bila tengok video pasal Mythbuster and how folding paper can get you to the moon tu. Untuk tempat kedua aku rank cockroach beatbox tu kemudian diikuti oleh gender determination. Last aku bagi pada how small is an atom. Sebabnya aku rasa dia ada sedikit kebudak-budakan dan memang sangatlah payah untuk bayangkan berapa kecil sebiji atom itu.

Jadi, pada guru-guru yang nak buat pengisian kat kelas sama macam aku, jangan malu jangan segan, aku berkongsi ni untuk kebaikan bersama. Semoga students2 kita zaman sekarang akan lebih berminat dengan Sains dan Matematik dengan adanya approach2 yang lebih kreatif dan innovatif.

Jawapan untuk persoalan di atas - untuk alternate folding, W = 4.78 × 10105 kilometers
Vs ukur lilit bumi di Khatulistiwa4.0 × 104 kilometers

No comments:

Post a Comment